Selamat datang ke laman web Ethnicnet
EthnicNet telah didaftarkan di Johor Bahru, Johor pada September 1999. Ianya dimiliki sepenuhnya oleh usahawan bumiputera dengan latar pengalaman bekerja dalam bidang Komputer dan Teknologi Maklumat (IT). EthnicNet memulakan operasi secara sepenuh masa pada Disember 2004 apabila ditawarkan untuk mengendalikan program Latihan Penggunaan Peralatan TMK (PPSMI fasa III) bagi seluruh negeri Johor untuk Jabatan Pelajaran Johor untuk mewakili syarikat TIME System Integrator. Dalam masa yang sama EthnicNet juga ditawarkan untuk mengendalikan Latihan Projek Penyediaan Infrastruktur Fizikal Dan Pengkomputeran di sekolah-sekolah rendah. Semenjak dari itu, EthnicNet terus berkembang maju dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan dalam bidang IT termasuk membangunkan laman web, membuat pemasangan Hotspot di sekolah-sekolah selain turut menyediakan perkhidmatan membina laman web dan membuat pemasangan komputer untuk makmal sekolah.
Ethnicnet dilantik menjalankan Projek Maintenance peralatan PPSMI Fasa V
Posted by: Zaidi Md Zain -
19/07/07 @ 2:38PM
Ethnicnet sekali lagi telah dilantik untuk menjalankan Projek Penyelenggaraan peralatan PPSMI Fasa V bagi daerah Pontian
Pihak Ethnicnet telah menerima tawaran untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan peralatan komputer dibawah projek PPSMI Fasa V bagi...
PENGURUSAN TEKNIKAL & AMALAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI PPSMI FASA V
Posted by: anum ab rahman -
12/07/07 @ 6:10PM
Program "PENGURUSAN TEKNIKAL & AMALAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI PPSMI FASA V" di Daerah Pontian baru sahaja selesai.
Program ini dianjurkan oleh Ethnicnet sebagai ASP Time Systems dengan kerjasama JPNJ, PPD, AMBANK,...